Laman web ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada ahli-ahli persatuan untuk berinteraksi antara satu sama lain secara maya. Disamping itu dengan adanya laman ini para ahli persatuan, sanak saudara dan rakan taulan boleh mengetahui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan dari semasa kesemasa.
Sesiapa sahaja adalah dipelawa untuk memberikan sumbangan dalam apa bentuk sekalipun seperti rencana, komen, hebahan, gambar-gambar, cerpen, sajak, puisi, pengalaman berharga ataupun petua-petua, asalkan ia tidak bertentangan dengan norma-norma kesopanan, tidak berniat jahat, tidak menyinggung mana-mana peribadi, tidak menyalahi undang-undang negara, tidak bersifat menghasut dan tidak berbau perkauman.Penduduk yang tinggal di taman ini terdiri daripada pelbagai komuniti yang mempunyai latar belakang yang berbagai. Hampir 95 peratus adalah terdiri daripada komuniti Melayu dan hanya lebih kurang 5 peratus sahaja bangsa asing.Dari segi komposisi pekerjaan pula taman ini dihuni oleh ramai pegawai kerajaan termasuk tentera dan polis, ramai juga yang bekerja dengan pihak swasta, ramai juga yang merupakan usahawan, peniaga atau bekerja sendiri dan tidak ketinggalan para pesara yang memilih taman ini untuk menikmati sisa-sia hari tua mereka.Purata isi rumah pula ialah 5 orang sekeluarga dan ini menjadikan jumlah penduduk yang tinggal di Taman Panchor Jaya Fasa 6 ini lebih kurang sebanyak 750 orang jika mengambil kira jumlah rumah yang di huni setakat ini iaitu sebanyak 150 buah lebih kurang. Selain daripada beberapa kejadian kecurian yang melibatkan kehilangan barang berharga dan wang ringgit yang tidak begitu besar jumlahnya, kehidupan kami di taman ini pada keselruhannya adalah aman, tenteram, mesra dan mempunyai semangat toleransi yang tinggi.Disamping Persatuan Kebajikan Penduduk yang telah mula aktif sejak kebelakangan ini, taman kami jua mempunyai Jawatankuasa Surau, Persatuan Seni Silat, Persatuan Kompang, Persatuan Wanita dan juga Persatuan Sukan.Potensi taman ini untuk maju dalam pelbagai organisasi berpersatuan adalah amat cerah kerana masyarakat di sini semuanya berfikiran terbuka dan suka menyumbang dalam kerja-kerja amal serta kerja-kerja sukarela. Sesungguhnya Persatuan Kebajikan Penduduk Taman Panchor Jaya Fasa 6, mampu untuk pergi lebih jauh demi untuk kebaikan serta kesejahteraan para ahlinya. Moto kita ialah Tamanku, Keluargaku dan Kampungku ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

[Hari Keluarga TPJF6 Pada 7/6/08] |
 [Hadiah Yang Menanti] |

[Pengerusi Sedang Berucap] |

[Bendahari Sedang Sibuk Tu] |
HARI KELUARGA TPJF6
Pada 7 June 2008, Persatuan Kebajikan Penduduk dengan dokongan serta kerjasama seluruh warga taman telah mengadakan Hari Keluarga. Sambutan sangatlah menggalakan samada dari segi kehadiran, sumbangan hampers serta derma ikhlas yang dihulurkan oleh para ahli.
Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberi peluang kepada warga taman untuk berinteraksi antara satu sama lain. Namun tujuan asal ialah untuk membolehkan ahli-ahli yang telah lama tidak aktif dan tidak menjelaskan bayaran yuran supaya dapat berbuat demikian.
Hasilnya ialah sasaran kutipan yuran telah berjaya diperolehi. Disamping itu pelbagai acara diadakan seperti sukaneka kanak-kanak, sukaneka dewasa serta cabutan nombor bertuah.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mustapha Salim, ADUN Kawasan Lenggeng yang secara kebetulan baru sahaja terpilih sebagai YB pada Pilihanraya umum 8 Mac yang lalu. Sebagai catatan, YB telah memberikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Persatuan. Terima Kasih daun keladi dari kami, lain kali beri lagi...